Mendidik anak bukan perkara yang mudah. Mana tidaknya, jika anak lebih dari seorang, pelbagai ragam akan ditunjukkan mereka.
Jadi, pelbagai juga cabaran yang akan dilalui oleh ibu bapa semasa mendidik anak yang berbeza-beza sifat karektor.
Berikut adalah antara 5 tip yang kami perolehi dari perkongsian Prof Dr Muhaya untuk mendidik anak;
1. Fokus Pada Kebaikan Anak.
- Tukar fokus kita dari mancari salah anak kepada fokus mencari kebaikan yang anak lalukan.
2. Pujian Membentuk Keyakinan Diri.
- Puji anak anda diatas perkara positif yang dilakukan. Berikan penghargaan.
- Anak yang tidak dipuji selalu rasa rendah diri. Aku tak pandai, aku tak itu, aku tak ini…
3. Kritikan Ibubapa Racun Kepada Anak.
- Anak yang membesar dengan kritikan akan benci diri, rendah diri dan membenci orang lain.
- Imej negatif yang dibentuk dari kritikan kepada anak menyukarkan anak-anak untuk berjaya.
4. Beri Anak 2 Perkara Penting
a) Penghargaan.
b) Contoh yang baik.
Anak-anak adalah cermin bagi diri kita. Bagaimana anak, begitulah ibubapanya.
5. Tangkap Anak Bila Mereka Buat Betul.
- Bila kita selalu tangkap anak ketika melakukan kesalahan, mereka akan lebih kerap melakukan perkara salah.
- Bila kita selalu tangkap anak ketika berbuat kebaikan, mereka akan lebih kerap melalukan kebaikan.