Bayi yang berusia 0 hingga 6 bulan kerap mengalami kembung perut. Masalah ini menyebabkan ramai ibu rungsing.
Kita yang dewasa kalau kembung perut pun tidak selesa. Inikan pula bayi. Mari baca dan amalkan.
5 Petua untuk elak kembung perut pada bayi.
1. Usah biarkan bayi menangis berpanjangan.
>> Banyak angin akan masuk ke perut bayi dan membuatkan bayi anda tidak selesa.
2. Sapu minyak angin/minyak telon pada perut, belakang badan, betis dan tapak kaki selepas mandikan bayi atau bila perlu.
>> Dapat memberi keselesaan pada bayi.
3. Sendawakan bayi setelah bayi minum susu.
>> Tepuk/usap belakang badan perlahan- lahan sehingga bayi sendawa.
4. Periksa perut bayi | Tekan perlahan atau tepuk perut bayi dengan jari atau jentik sedikit.
>> Perut bayi akan keras dan berbunyi seperti tong kosong yang diketuk apabila kembung. Elak memeriksa ketika bayi sedang menangis.
5. Bagi ibu yang menyusukan bayi, elakkan makan makanan yang sejuk dan berangin.
>> Makanan yang dimakan ibu memberi efek secara langsung kepada bayi yang menyusu badan.
Nota: Kembung perut bukan punca utama bayi menangis.
Antara sebab lain; bayi anda lapar, lampin basah atau ingin perhatian dari ibu. Jika bayi tidak berhenti menangis, rujuk pada doktor yang bertauliah segera.
***
Like & Share
***
Suka dengan perkongsian ini? Share kepada rakan-rakan anda supaya mereka bayi mereka kekal ceria dan anda tidak stress.
kena ambil tahu, sambil bagi tahu isteri 🙂