5 Cara Terbaik Tenangkan Bayi Menangis. :: MarvelousBaby.com
Select Page

Bayi baru lahir tidak tahu meluahkan apa yang mereka rasa. Apa yang bayi tahu adalah menangis, menangis dan terus menangis.

Sebagai ibu bapa baru, kadang-kala pasti akan rasa tertekan dengan situasi ini. Saya juga pernah lalui situasi begini. Bayi menangis sepanjang malam. Tidak tahu apa dan dimana silap atau salahnya. Sudah cuba pelbagai cara, bayi tetap terus menangis.

Selepas beberapa bulan, baru saya tahu bagaimana mahu uruskan bayi yang menangis. Mungkin cara saya tenangkan bayi saya, sesuai juga untuk bayi anda.

5 Cara Terbaik Tenangkan Bayi Menangis

5 Cara Tenangkan Bayi Menangis.

1. Suhu.

Pastikan suhu dipersekitaran bayi anda tidak terlalu panas atau terlalu sejuk.

Sentuh jari tangan atau jari kaki bayi anda. Jika sejuk pakaikan sarung kaki (stokin) dan topi sejuk. Boleh juga bedung bayi anda untuk memberi keselesaan.

Jika bayi anda kelihatan panas atau berpeluh, cuba tanggalkan pakaian dahulu. Selain itu, anda juga boleh mandikan bayi agar mereka lebih selesa.

2. Tukar posisi.

Bayi sudah tentu belum boleh bercakap nak itu dan ini. Jika bayi anda sedang baring, cuba dudukkan atau meniarapkan bayi anda. Bayi mungkin menangis tanda dia sudah penat berbaring.

3. Tenang.

Cuba tenangkan suasana persekitaran bayi anda. Mungkin persekitarannya terlalu bising sehingga mengganggu mereka. Usah berikan mainan berbunyi waktu ini. Biar persekitarannya seperti “silent mode”.

4. Masa sendiri.

Bayi anda juga perlukan masa bersendiri. Cuba biarkan bayi anda bermain sendirian. Letak bayi anda diatas kain lapik (playing mat) dan biar dia meniarap/berbaring. Anda juga boleh cuba letak bayi di dalam buai. Pastikan anda awasi bayi anda walau dari jauh.

5. Selesa

Bayi yang tidak selesa akan menangis. Cuba sendawakan bayi anda selepas setiap kali menyusu dengan mengusap belakang bayi.

Selain itu, pastikan pakaian dan bedung bayi tidak terlalu ketat. Pakaian atau bedung yang ketat akan buat bayi anda tidak selesa.

Saya juga galakkan anda untuk periksa lampin bayi sekiranya bayi menangis. Pastikan tiada najis atau kencing. Jika basah atau ada najis, tukar segera bagi mengelak ruam lampin.

PS: Semoga bermanfaat. Walau bagaimanapun, apa yang dikongsikan adalah pengalaman saya dan bayi. Sama ada berkesan atau tidak, anda perlu cuba sendiri.

Dapatkan Kupon Diskaun RM10

Dapatkan Kupon Diskaun RM10

Daftar dan terima kupon diskaun untuk pembelian pertama anda. Selain itu, dapatkan update terkini dari MarvelousBaby.

Pendaftaran anda sudah berjaya. Semak emel anda untuk dapatkan kupon diskaun.

Pin It on Pinterest

Share This