Ramai ibu bekerjaya mahu meneruskan penyusuan susu ibu setelah habis cuti bersalin atau berpantang. Tetapi ramai yang tidak tahu caranya. Akhirnya si ibu memilih susu formula. Seperti yang kita tahu, susu ibu adalah susu yang terbaik untuk bayi.
Tip menyediakan stok susu semasa berpantang.
Berikut adalah beberapa perkara yang ibu perlu lakukan ketika berpantang sebagai persediaan;
1. Ibu perlu perah susu, simpan didalam bekas bertutup yang bersih atau gunakan Autumnz Breast Milk Storage kemudian simpan susu tersebut di dalam peti sejuk. Mulakan perah ketika dalam pantang lagi.
- Pastikan cuci tangan, lap payudara dengan kain lembap dan pastikan peralatan perahan atau Breast Pump bersih.
2. Ajar anak minum susu ibu yang disimpan di dalam peti sejuk dengan menggunakan sudu, cawan atau botol susu. Ikut keselesaan anda.
- Ia perlu diajar sebulan sebelum mula bekerja. Dikhuatiri bayi tidak mahu minum susu dari peralatan tersebut.
- Setelah pulang bekerja, beri bayi anda penyusuan terus ke payudara (direct feeding).
3. Bawa peralatan perah (breastpump) di tempat kerja. Simpan susu bersama Autumnz Ice Pack atau Autumnz Premium Contoured Ice Pack di dalam cooler bag, apabila sampai dirumah terus simpan di dalam peti sejuk.
- Supaya susu tidak rosak akibat terdedah dengan cuaca panas.
P/s: Suhu dan kebersihan memainkan peranan yang penting untuk susu tahan lama.