Ramai ibu hamil kali pertama tidak tahu akan perkara yang perlu dielakkan semasa hamil. Mungkin tiada pendedahan kepada mereka.
Berikut kami kongsikan 3 perkara yang perlu dielak semasa sedang hamil;
a) Elak pakaian terlalu ketat (baby-T).
Ibu hamil dinasihatkan untuk pakai pakaian yang longgar supaya lebih selesa.
Selain itu, ia dapat membantu rahim ibu untuk membesar tanpa sebarang halangan.
b) Elak pakai seluar dalam yang tebal.
Jika ibu hamil memakai seluar dalam yang tebal, ia boleh memudahkan mereka dijangkiti keputihan dan jangkitan saluran kencing (UTI).
Seluar dalam yang tebal akan menyebabkan peluh dan kelembapan bertambah.
Keputihan berlaku kerana kawasan intim wanita berkeadaan terlalu lembab dan memudahkan bakteria membiak.
c) Jauhkan diri dari bahan kimia.

Bahan kimia via Google
Bahan kimia mengandungi unsur-unsur yang tidak baik. Selain itu, ia boleh menyebabkan kecacatan pada janin.
Jauhkan diri dari bahan seperti rokok, toksid dan racun serangga terutama pada 3 bulan pertama kehamilan.
—
Boleh bantu kami?
—
#SharingIsCaring. Share post ini supaya lebih ramai mommies dapat info yang berguna untuk si comel mereka.
MarvelousBaby prihatin. Anda bagaimana?