3 Langkah eratkan hubungan ayah dan si manja. :: MarvelousBaby.com
Select Page

Buat suami yang belum ada pengalaman menjadi ayah, pasti akan sedikit kekok untuk membina hubungan dengan bayi mereka. 

Situasi ini tidak berlaku pada si ibu. Hubungan ibu dengan si manja telah mula terjalin sejak dari dalam rahim ibu.

Tetapi, usah risau kerana perkara ini boleh diatasi oleh si ayah. Ia cuma perlukan sedikit usaha dan masa supaya si manja dapat mengenali anda.

eratkan hubungan ayah dan anak.

Dad baby via Google



3 Langkah eratkan hubungan ayah dan si manja.

Menurut artikel yang diterbitkan Majalah Pa&Ma. Terdapat beberapa tip yang praktikal untuk membantu si ayah mengeratkan hubungan dengan si manja anda. Antaranya,

1) Ambil bahagian dalam aktiviti rutin bayi.

Bayi mudah untuk mengenali siapa yang selalu berada disisinya. Jadi, si ayah perlu rajinkan diri untuk menguruskan bayi anda.

Cuba luangkan masa untuk aktiviti seperti memandikan bayi, tukar lampin atau menidurkan bayi.

2) Bermain bersama bayi anda.

Bayi kecil memang suka bermain. Jadi, curi sedikit masa anda untuk bermain bersama dengan si manja anda yang comel itu.

Aktiviti seperti ini, akan buat bayi anda merasakan anda memberikan perhatian penuh padanya. Selain itu, ia pasti membuatkan si ayah dan bayi seronok bersama-sama.

3) Lakukan sentuhan fizikal.

Si ayah boleh cuba untuk berikan sentuhan dengan penuh kasih dan sayang pada bayi anda. Anda boleh peluk si manja anda, mengurut atau bergurau dengan cara menggeletek mereka.

Aktiviti fizikal sebegini dapat membantu anda untuk membina hubungan yang lebih erat dengan si manja.


Boleh bantu kami?

#SharingIsCaring. Share post ini supaya hubungan si ayah dan si manja anda lebih erat.

MarvelousBaby prihatin. Anda bagaimana?

Dapatkan Kupon Diskaun RM10

Dapatkan Kupon Diskaun RM10

Daftar dan terima kupon diskaun untuk pembelian pertama anda. Selain itu, dapatkan update terkini dari MarvelousBaby.

Pendaftaran anda sudah berjaya. Semak emel anda untuk dapatkan kupon diskaun.

Pin It on Pinterest

Share This