Rasa sakit pinggang semasa mengandung pasti membuatkan mommies tidak selesa. Lebih teruk bila ia kerap berlaku dan berulang-ulang.

Sakit pinggang hamil via Google
Selain itu, sakit pinggang pasti akan membuat para ibu sukar untuk bergerak dengan bebas. Kadang-kala hingga memerlukan pertolongan orang lain.
—
3 Cara atasi sakit pinggang masa mengandung.
—
1. Elak tidur di atas lantai. Tidur di atas permukaan yang keras dan sejuk pasti membuatkan pinggang anda sakit. Seeloknya, tidur di atas katil atau tilam yang lembut.
2. Pakai kasut tapak rata. Pemakaian kasut bertumit akan memberikan kesan langsung kepada tulang belakang. Kasut bertumit tinggi juga merbahaya kepada wanita mengandung.
3. Duduk dalam keadaan betul. Posisi duduk penting bagi mengelak sakit belakang. Jika perlu, anda boleh alas punggung dan belakang dengan bantal agar lebih selesa.
—
3 Perkongsian dari mommies yang berpengalaman tentang sakit pinggang semasa mengandung.
—
a) Nida Ahmad: Petua mengubat sakit pinggang mengandung, si suami perlu lebihkan perhatian pada isteri dlm kasih sayang dan juga tolong gosok pinggang dan perut gerenti tak sakit dah cubalh
b) Nor Faeza: Buat senaman n mandi dgn air panas dan semburkan dibahagian belakang lama2… sy amalkan mcmtu, alhamdulillah hilang.
c) Aryne JJ Nell: Kalo i… berjalan2 pusing2 dlm ruma.. kalo kat tempat keje berdiri n duduk mcm exercise…
*Sumber: FB Majalah Pa&Ma
—
Boleh bantu kami?
—
#SharingIsCaring. Share post ini supaya lebih ramai mommies dapat kurangkan kesakitan yang dialami semasa hamil.
MarvelousBaby prihatin. Anda bagaimana?